Sunday, March 29, 2009

P 059 : Parlimen Bukit Gantang ( PAS vs UMNO )


Assamualaikum w.b.t

Petang tdi..selamat sudah majlis penamaan calon pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang ,Taiping Perak..
Kepada orang -orng bukit gantang..yob kejor yob!!!..sama2 pakat keluar untuk mengundi calon pilihan masing masing..

Buat la pilihan yang bijak dan cerdik..

Pilih lah calon yang :
  1. Beriman dan Bertaqwa kepada ALLAH
  2. Bersih dari Rasuah
  3. Berintegriti
  4. Mesra Rakyat
  5. Berkaliber
  6. Dari parti yang sejahtera dan islamik
Pilihanraya kali ini diadakan kerana kematian Ahli parlimen nya yang juga merupakan Ahli PAS pada beberapa ketika dahulu..
ALLAHYARHAM YB USTAZ ROSLAN SHAHARUM.(AL FATIHAH )

Pada kali ini, PAS telah meletakkan calon nya iaitu :


Datuk Seri IR Hj Mohammad Nizar Jamaluddin
Calon PAS

VS


Ismail Safian
Calon Barisan Nasional


sebenarnya ada sorang lagi calon Bebas akan bertanding...tp malas nk cari info psai dia..sebab calon bebas..peluang nak menang it tipis..pecah undi ja..so pandai2 la antum suma cari ek...

penduduk taiping..suma diminta balik untuk memberikan sokongan kepada calon2 pilihan masing..yang dok INDIA pom balik( kawan ana ada dok india sorang )

KEMERIAHAN DI BUKIT GANTANG


penyokong Pakatan Rakyat

Calon BN dengan Zahid Hamidi dan Muhyiddin Yassin


Timb. Mursyidul AM PAS Dato Dr Haron Din


Perang Bendera


Senator Datuk Jins Shamsudin pun ada


Puteri UMNO


Muslimat PAS

Perokok lebih hina dari LEMBU !!!








Assalamulaikum...

anda merokok??

jika anda merokok..sila hentikan sekarang...

mungkin masyarakat tidak akan hanya memandang anda sebagai perokok....

tetapi mungkin akn melihat anda (perokok ) lebih hina dari LEMBU..(BOOOOHHH)

ini bukan saya yang kata..ini merupakan kata kata dari seorang ulama terkemuka di Malaysia. sape lagi kalau bukan





















AL Murshid Al AM Parti Islam Se Malaysia dan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Abdul Aziz , yang juga Mursyidul Am PAS , berkata amalan menghisap rokok dikeji kerana diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran.

"Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).


"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina dari lembu,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.

Sesuai dengan Hadis Rasulullah S.A.W

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ
بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْ
قَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang hal
al itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yangkebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuhdalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yangmengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan
menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkarayang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasaddan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


MANAKAH ANDA???


WAA..perokok lebih hina dari ak!!! hooray!!!



LEBIH HINA DARI LEMBU!!

Saturday, March 28, 2009

pandangan dosa




tengah hari tadi...ak menerima panggilan dari ibu saudara ku ( Dr Siti Asma' ) untuk berjumpa dengan aku..

ak bergegas, amik kunci motor pecut ke kolej sbb beliau sedang menunggu ak disana...

kami berjumpa xsampai 5 minit dan dia telah memberi ak RM 100 untuk belanja makan (ALHAMDULILAH)..

selepas itu ak dengan Wan dan Azizi telah ke Greentown MALL..sbb katanya ada jualan murah gile..

ak ingt nk beli bantal..tapi baru ak teringat..ak naik moto..susah wooo..so ak cancel niat ak nk beli bantal itu..

disana ( Greentown Mall ) ak lihat ramai anak-anak gadis berpusu pusu masuk..

begitu girang gamak nya mereka membeli belah..tiba-tiba ak teringat akan kata-kata ustaz ak..

Mall atau bahasa melayunya..PUSAT MEMBELI BELAH..sbb kat sini..bukan orang yang membeli belah..tp PUSAT orang itu...

ak tengok remaja2 sekarang..pakaian..MASYAALLAH..bukan niat hati ini untuk berasa diri sudah beriman..

ak pom pernah berada dalam zaman jahiliyyah..tp sekarang insyaALLAH dengan izin ALLAH ak telah sedikit sebanyak berubah..INSYALLAH

ak lihat anak-anak gadis kita (MElayu) perkaian tidak hanya menampakkn lurah-lurah punggung malahan.... ... (ak xnak ckap) korang pk la sendiri...

ALLAH BERFIRMAN..

dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya;

dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah AN NUUR ayat 31


Ak yang memandang berasa amat berdosa sekali..Ya ALLAH ampun kn la meraka..Ampun kan lah Dosa HambaMu ini yang ALLAH..

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.


Dunia ini hanya sementara sahaja..Mati itu akan menjelma.

Ya ALLAH matikanlah aku dalam Iman dan Islam ya ALLAH
Jadikan la Mati ku sebagai tempat aku berhenti melakukan maksiat kepadaMu,
jadikanlah Hidupku sebagai tempat aku melakukan Ibadat kepadaMu,
Tempatkan lah aku dikalangan Hamba-hamba mu yang beriman.

Friday, March 27, 2009

Saya Budak Baru Belajar..


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Al Fatihah



Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dgn izin Nya akhir dapat juga saya mengepost "post" sy yang pertama dalam blog ini...semoga mendapat perhatian hendaknya..


melihat rakan rakan dan teman sudah semua (hampir semua) mempunyai blog masing2..maka saya rasa terpanggil untuk menyertai rakan rakan dan teman teman di dalam ruangan diskusi maya ini...

Moga2 ALLAH memberi tunjuk petunjuk kepada saya..InsyaALLAH...

setelah beberapa bulan melayari blog2 kawan , lawan..

saya berasa perlembangan blog, penulisan alam maya ini amat la menarik dan sungguh mengasyik kan..(xthu orang lain macam mana )

blog saya ini akan menyentuh pelbagai isu sebagai ruangan skop perbincangan. Antaranya ialah

1. Isu Semasa
2. Agama
3. Sosial
4. Politik
5. menjadi wacana perbincangan glokal

itu adalah perkara yang akan mungkin tercetus di ruangan pemikiran saya dan bait-bait yang akan saya terjemahan kn dalam bentuk tulisan ini mungkin akan mendapat tentangan atau mungkin sensitif kepada pihak yang berasa la kan??

sapa makan cili boh dia la rasa pedasnya..(minum la air suam)

sekian dlu coretan sya pada pertama kalinya...letih ni..kul 225 pagi dh..

malas nk perah otak banyak2...smbung esok pulak la...



Assamualaikum w.b.t