Friday, March 27, 2009

Saya Budak Baru Belajar..


1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

Al Fatihah



Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dgn izin Nya akhir dapat juga saya mengepost "post" sy yang pertama dalam blog ini...semoga mendapat perhatian hendaknya..


melihat rakan rakan dan teman sudah semua (hampir semua) mempunyai blog masing2..maka saya rasa terpanggil untuk menyertai rakan rakan dan teman teman di dalam ruangan diskusi maya ini...

Moga2 ALLAH memberi tunjuk petunjuk kepada saya..InsyaALLAH...

setelah beberapa bulan melayari blog2 kawan , lawan..

saya berasa perlembangan blog, penulisan alam maya ini amat la menarik dan sungguh mengasyik kan..(xthu orang lain macam mana )

blog saya ini akan menyentuh pelbagai isu sebagai ruangan skop perbincangan. Antaranya ialah

1. Isu Semasa
2. Agama
3. Sosial
4. Politik
5. menjadi wacana perbincangan glokal

itu adalah perkara yang akan mungkin tercetus di ruangan pemikiran saya dan bait-bait yang akan saya terjemahan kn dalam bentuk tulisan ini mungkin akan mendapat tentangan atau mungkin sensitif kepada pihak yang berasa la kan??

sapa makan cili boh dia la rasa pedasnya..(minum la air suam)

sekian dlu coretan sya pada pertama kalinya...letih ni..kul 225 pagi dh..

malas nk perah otak banyak2...smbung esok pulak la...



Assamualaikum w.b.t