Thursday, April 2, 2009

Siti - Datuk K lawat Menteri Besar Kelantan


Penyanyi Nombor Datuk Siti Nurhaliza berserta suami Datuk K telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mursyidul AM PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan di.. pejabat Menteri Besar..

..Datuk Siti, telah melahirkan rasa kekaguman beliau terhadap tok guru yang menganggap tok guru adalah seorang yang alim dan warak..

..walaupun tok guru telah, banyak kali dicemuh oleh pihak yang tertentu dan di tuduh macam2..namun dihati masyarakat, tok guru adalah simbol...contoh public figure yang terbaik...

ana bukan terlebih memuji..ana juga yakin dan tahu bahawa...pujian itu membawa kepada 6 bala.....4 kepada yang memuji dan 2 kepada yang dipuji...
namun..itu la hakikatnya...

Dalam temuramah..datuk siti telah menyatakan,

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

Pada pertemuan tersebut Dato' K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.




p/s : anggun siti, bertudung litup..moga berkekalan hendaknya..AMIN..

No comments: