Saturday, April 11, 2009

Islamic Student Club

Assalamualaikum w.b.t



...untuk makluman, di kolej ana, terdapat satu kelab yang dinamakan Islamic Student Club...kelab ini merupakan kelab yang melaksanakan Dakwah Islamiyyah di peringkat Royal College of Medicine Perak...masih lagi baru ditubuhkan..bertujuaan untuk menjadi flatform kepada aktiviti yang bercirikan islamik di kolej ana...

..kepada pembaca sekalian yang ana hormati...jika ada kelapngan waktu...boleh lah melawat blog ISC ini...sila click disini... ISCRCMP

..dalam blog ini, terdapat wacana -wacana menarik dan isu isu terkini yang melanda umat islam di dunia...

insyaALLAH, jika ada sebarang komen atau cadangan, boleh la kemukan kepada ana...

Syukran..

Thursday, April 9, 2009

Mengutuk Rusuhan Di Kota Bharu



Assalamualaikum wbt.

...pertama-tamanya, ana ingin menegas kan disini bahawa, ana sekeras kerasnya mengutuk serangan dan rusuhan yang dilakukan oleh segelintir penyokong fanatik bola sepak Kelantan..yang telah bertindak liar...

Penyokong kelantan menterbalikkan trak polis

sesungguhnya perlakuan seperti itu tidak ubah seperti manusia yang seumpama tidak ada akal dan pertimbangan yang baik...dan bertindak mengikut emosi masing-masing...

..Ana...sebagai rakyat kelantan am nya dan penyokong pasukan Kelantan yang diberi jolokan Red Worriors ini berasa amat dukacita dan sedih kerana perkara ini terjadi di negeri ana...

...ana berasa sangat sedih kerana oleh sebab kejadian ini...Tok Guru kesayangan jelata Kelantan terpalit dengan peristiwa ini....

..ana baca dalam komen2 dalam youtube...ramai yang megutuk Tok Guru Nik Aziz...MasyaALLAH...Ana ingin tegaskan disini...Tok Guru juga berasa malu dan dukacita terhadap apa yang berlaku...


...sebagai sebuah negeri yang cukup terkenal dengan gelaran " Serambi Mekah" , perkara seperti ini adalah cukup menyedihkan..bukan Tok Guru saja yang berkecewa...seluruh rakyat negeri Kelantan, Tanah serendah sekebun bunga ini turut berkongsi perasaan yang sama dengan TGNA...

...ana pun berasa hairan...kenapa rusuhan ini berlaku...kenapa rakyat kelantan bertindak sebegitu rupa???..adakah kerana penyokong kelantan tidak puas hati sebab kelantan kalah???

...selama 50 thun kita merdeka...kelantan adalah satu2 negeri yang tidak menang apa2 dalam pertandingan bola sepak malaysia...liga super baik, piala malaysia baik, piala FA baik..tidak pernah....rakyat kelantan sudah biasa dengan kekalahan...

..namun...apa yang sebenarnya berlaku???...

..walau apa pun...dalam apa pun perkara yang kita buat..tidak lah..boleh melampaui batas..
..mestilah mengikut lunas2 undang undang ynag telah ditetapkan...

..kepada rakyat kelantan yang terkenal dengan sifat budi bahasa...ana merayu..jgn la diulangi perkara tersebut dimasa hadapan..kerana...dalam perkara ini...tiada sapa yang untung...bahkan..rakyat kelantan sendiri yang rugi.....

...walaupun ada provokasi yang dilakukan...jangan la kita melenting...

janganlah bersikap laksana sarang tebuan...
sekali dijolok..maka berteraburlah menyengat...

bersikap la laksana pokok yang berbuah lebat...
walaupun dilontar dengan batu dan kayu..
kita akan balas dengan buah buah yang masak untuk diambil manfaat...

...semoga ini menjadi pengajaran...

GOMO KELATE GOMO.

Menulis lagi


Assalamualaikum wbt

..setelah sekian lama (lama ke ? ) ana tidak update blog ana ini, disebabkan pada minggu lepas ana sangat sibuk dengan exam...xsempat nak menulis...otak diperah untuk memahami biochem, anatomy dan macam2 lgi..

...insyaALLAH sebulan lagi ana akan exam final...


...xpe..sbulan lgi..sempat nk update blog ni...ada bnyak isu2 yang ana nak kongsikan dengan pembaca2...insyaALLAH...ilmu..dikongsi akan semakin bertambah....bukan macam harta....dikongsi..akan semakin kurang...itu la hebatnya ILMU...

..sekian...

Friday, April 3, 2009

Teori RAHMAN - YAB Dato' Seri Najib PM Last ??


....pertamanya ana ingin ucapkan tahniah kepada Dato' Seri Najib Tun Razak kerana menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke -6...

...Terima kasih juga kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana memimpin negara Malaysia bumi bertuah ini....

...namun, ana terfikir....adakah Dato' Seri Najib ni...PM last dari Barisan Nasional??

...sebab kalau kita guna teori RAHMAN...najib adalah Perdana Menteri Barisan Nasional yang last...

Jom kita teliti teori popular ini..lebih popular dari teori fizik yang lain....

R . A . H . M . A . N


R = Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ( R )

A = Tun Abdul Razak (RA)


H = Tun Hussien Onn (RAH)

M = Tun Mahathir Mohamed (RAHM)

A = Tun Abdullah Badawi (RAHMA)

N = Dato' Seri Najib Tun Razak ( RAHMAN !!! )

Dengan pelantikan najib ini...maka lengkap la sudah kronologi teori RAHMAN itu....jadi..apakah sampai disni sahaja era pemerintahan Barisan Nasional??...

ana berpendapat...jika dasar Barisan Nasional itu terus dikekalkan..maka...YA...sampai disini sahaja..teori RAHMAN ini akan disahkan sahih dan akan diwartakan sebagai asas teori yang baru!!!...

.....sama sama kita selesaikan teori ini...


Thursday, April 2, 2009

Bila " kiamat menghampiri "




ini adalah video yang jarang orang tengok....tidak masuk tv1,tv2,tv3,tv4, dan tv9 pom....

apa pun..ini adalah sekumpulan remaja yang " tidak mengetahui" dan kita tidak boleh salah kn mereka...kerana mereka tidak mengetahui...mereka mengutuk fatwa secara terang terangan...MasyaALLAH...

sepatutnya...pihak kerajaan...lebih menggunakan kuasa media massa mereka dengan menjelas kan kepada rakyat yang NON MUSLIM...tentang fatwa fatwa yang keluarkan...ini tidak...tv3 banyak siar cerita indonesia yang kebanyakkan mejurus kepada khurafat...

secara terang terangan remaja ini mengutuk Ulama ulama kita yang membuat fatwa....

..saudaraku sekalian...nk buat fatwa ni...buat calang calang orang...bukan meeting 2 -3 jam...banyak kajian dilakukan...semua nya berlandas kan hujah dan penegasan...

Dan fatwa hanya kepada ORANG ISLAM sahaja...orang cina baik, orang melayu baik, orang india baik yang tidak muslim...tidak tersentuh walau sedikit pom...!!!

hormatilah agama kami iaitu ISLAM....ISLAM itu agama persekutuan...Kami tidak pernah berdemostrasi menentang agama kamu....

namun INSYAALLAH, kita tidak akan melenting dan kita tidak akan bersikap....

laksana sarang tebuan,
apabila dijolok, maka berterabur la..

sebaliknya kita akan bersikap laksana pokok yang berbuah..
walaupun dibaling dan dilontar dengan batu-batu..
kita akan balas dengan buah-buah yang masak..
untuk diambil manfaat oleh semua...




Perempuan = penghuni neraka??? part 1


..jangan gelabah...jangan melatah...bukan seperti yang antum rasa kan...

ana bukan menyamakan semua perempuan itu adalah penghuni neraka...tidak sama sekali...

Perempuan itu merupakan perhiasan dunia...dan sebaik baik perhiasan adalah wanita yang solehah...

..jadi..dalam konteks persoalan yang cuba ana utarakan ialah...perempuan yang bagaimana kah yang manjadi penghuni neraka???

...adapun perempuan yang berpakaian nipis itu adalah penghuni neraka!!!!..Nauzubillah hi minzaalik...
aurat...aurat.aurat....aurat...aurat.....

berbanding lelaki, aurat wanita itu lebih sukar untuk dijaga...kerana lelaki boleh menunaikan solat dengan hanya berkain pelikat kerana aurat lelaki setakat antara lutut hingga ke pusat...

namun, aurat wanita..meliputi pebagai anggota badan...dari kepala hingga la ke kaki....

aurat wanita itu meliputi...

  • Pakaian
  • Rambut
  • Bulu Kening
  • Kaki (tumit )
  • Wangi wangian
  • Dada
  • Gigi
  • Muka dan leher
  • Muka dan tangan
  • Tangan
  • Mata
  • Mulut (suara )
  • Kemaluan
point yang ana highlite itu merupakan aspek yang sgt diabaikn oleh perempuan moden zaman kini....yang di take for granted..dengan izin...

Pakaian

" sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan yang berpakaian tetapi bogel yg condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan mencium bau syurga dan tidak akan masuk kedalamya.
Riwayat bukhari dan muslim.
|| berpakaian tetapi bogel ialah memakai baju yang ketat dan menampakka susuk tubuh||

Rambut

" wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim

Wangian
"Sesiapa saja wanita yang memakai wangi wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, Maka wanita itu dianggap melakukan zina dan tiap2 mata ada zina". Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

cara pemakaian muslimah

Siti - Datuk K lawat Menteri Besar Kelantan


Penyanyi Nombor Datuk Siti Nurhaliza berserta suami Datuk K telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Mursyidul AM PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan di.. pejabat Menteri Besar..

..Datuk Siti, telah melahirkan rasa kekaguman beliau terhadap tok guru yang menganggap tok guru adalah seorang yang alim dan warak..

..walaupun tok guru telah, banyak kali dicemuh oleh pihak yang tertentu dan di tuduh macam2..namun dihati masyarakat, tok guru adalah simbol...contoh public figure yang terbaik...

ana bukan terlebih memuji..ana juga yakin dan tahu bahawa...pujian itu membawa kepada 6 bala.....4 kepada yang memuji dan 2 kepada yang dipuji...
namun..itu la hakikatnya...

Dalam temuramah..datuk siti telah menyatakan,

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi," ujarnya.

Pada pertemuan tersebut Dato' K juga bertanya tentang kesihatan Menteri Besar yang dihidapi sebelum ini.




p/s : anggun siti, bertudung litup..moga berkekalan hendaknya..AMIN..